Assalamualaikum
"...kerana manusia rasa bangga bila di puja dan rasa keji bila di hina,
kerana kita menolak segala bencana, dan asyik bergembira dengan nikmat-Nya,
sedangkan semua ini adalah takdir-Nya dan kita harus bersyukur sentiasa...."
Bait lagu Seribu Bayangan dari Damasutra, tiba-tiba menyinggahi pemikiran aku pagi yg indah ini.
Aku carik lagu ni dalam HP aku.. ada, walaupun dalam bentuk MP3. tapi bunyi dia boleh tahan. Aku ulang 2-3 kali. Lantas aku teringatkan sikap dan sifat manusia yg tak pernah puas. Tak pernah rasa bersyukur. walau kadang2 aku juga berasa demikian, namun aku cuba untuk beristighfar, untuk tidak mengucapkan secara lisan.
Sekarang ini, negara yg kita cintai di landa el-Nino yg boleh kata dahsyat juga tahun ini, sebagai contoh, Empangan Timah Taso misalnya kekeringan, Tasik Bukit Merah pun sama, mengalami penyusutan. Sungai Pahang juga menyusut sampai kapal zaman British dijumpai! memang dahsyat. walaupun sekarang sudah mula hujan, tetapi masih diperingkat awal. sungguhpun demikian, di Kuala Lumpur telah berlaku hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat sedalam 1 meter!!
Begitula kuasa Allah yang kita tak boleh nafikan. di suatu tempat, sungai, tasik menjadi kering, di suatu tempat yang lain, banjir besar yg melibatkan kemusnahan harta dan wang ringgit yang bukan sedikit
sebenarnya, banyak yang aku nak ulas... tetiba aku malas nak menulis. kita sambung lagi nanti.
khai/st/4.23pm/130516
Tiada ulasan:
Catat Ulasan