Jumaat, 13 Mei 2016

aku kembali

Assalamualaikum

"...kerana manusia rasa bangga bila di puja dan rasa keji bila di hina,
kerana kita menolak segala bencana, dan asyik bergembira dengan nikmat-Nya,
sedangkan semua ini adalah takdir-Nya dan kita harus bersyukur sentiasa...."

Bait lagu Seribu Bayangan dari Damasutra, tiba-tiba menyinggahi pemikiran aku pagi yg indah ini.
Aku carik lagu ni dalam HP aku.. ada, walaupun dalam bentuk MP3. tapi bunyi dia boleh tahan. Aku ulang 2-3 kali. Lantas aku teringatkan sikap dan sifat manusia yg tak pernah puas. Tak pernah rasa bersyukur. walau kadang2 aku juga berasa demikian, namun aku cuba untuk beristighfar, untuk tidak mengucapkan secara lisan.

Sekarang ini, negara yg kita cintai di landa el-Nino yg boleh kata dahsyat juga tahun ini, sebagai contoh, Empangan Timah Taso misalnya kekeringan, Tasik Bukit Merah pun sama, mengalami penyusutan. Sungai Pahang juga menyusut sampai kapal zaman British dijumpai! memang dahsyat. walaupun sekarang sudah mula hujan, tetapi masih diperingkat awal. sungguhpun demikian, di Kuala Lumpur telah berlaku hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat sedalam 1 meter!!

Begitula kuasa Allah yang kita tak boleh nafikan. di suatu tempat, sungai, tasik menjadi kering, di suatu tempat yang lain, banjir besar yg melibatkan kemusnahan harta dan wang ringgit yang bukan sedikit

sebenarnya, banyak yang aku nak ulas... tetiba aku malas nak menulis. kita sambung lagi nanti.

khai/st/4.23pm/130516


Selasa, 6 Mei 2014

puisi.. 1

Aku berlari menuju istana bahagia
Hadir dirimu menguliti diriku
Hari2 ku diisi keberkatan
Bahagialah diriku
Walau tidak setiap hariku indah
Syukurku xpernah padam
Mekarla cinta dihati
Berbungalah bahagia
Terima kasih cinta
Terima kasih sayang
Keranamu aku bahagia

Selasa, 22 April 2014

hati ini

Assalamualaikum... kita bersua kembali.
Aku rase aku ni sucks dlm memilih tajuk untuk entry. Rase cam ulang2.. rase mmg xbest. Hahaha.. tapi yg xbeat tula aku sebenarnya.
Hati aku cerah sejak beberapa hari ni.. kalo benerapa masa dimomokkan dgn bende2 yg menyesakkan pemikiran..kini jiwa ku makin tenang.. setenang air dikali. Aku mula2 nak menulis utk entry yg lain2.. tapi entah kenapa.. td aku terase nak ulang baca novel yg aku penah beli dulu.. so hati ade skek rase sentimental. Sebenarnya... entry yg aku cadang nak tulis pun sebenarnya bersifat sentimental
Kalau ada org tanya aku ape perasaan aku ketika ini... aku akan ckp lega... tapi ade penyesalan. Eh.. aku syka berteka teki dan aku terus camtu. Thanks for reading. Aku mmg xsuka tulis panjang2. Tapi aku ada cita2 nak tulis novel. Tgkla camane. Kalo ade rezeki adala

Khamis, 17 April 2014

fattabiouni

Assalamualaikum sekali lagi untuk hari ini... 17 april 2014. Aku menulis lagi. 
Td petang aku tgk tv al hijrah. Rancangam sebelum masuk waktu. Fatabiouni (ikutan) xsilap aku
 Rancangan ni menceritakan sunnah2 nabi saw. Hari ini tajuk amat menarik. Kene dengan aku. Haha.. pasal istikharah. Aku juga kene buat keputusan. Hanya Allah tempat kita merujuk. Aku start istikharah arini. Insha Allah aku akan dapat petunjuk Allah Azzawajalla.
Diberitakan sekaliam alim ulama zaman dahulu sentiasa solat istikharah untuk setiap keputusan yg hendak diambil. Rasulullah juga menekankan betapa penting silat istikharah ni. 
Kalau apa yg aku pilih senang jalannya.. akan aku ikuti jalan itu. Kalau tidak.. aku akan meninggalkannya dengan hati yg terbuka sebab Allah yang tunjuk jalan. Siapalah kita sebagai hamba ingin menunjukkan apa yg Allah bagi kat kita. Mana tahu Allah akan gantikan dengan yg lebih baik.
Dikala begini aku teringat bait2 lagu hijjaz
"Bertemu Tuhan cita pertama, nikmat yang tiada terhingga, syahdu rindu bila maghfirahmu membaluti tubuhku... " 
Pada sesiapa yg mengerti.. alhamdulillah.. kalo xmengerti.. biarkan sahaja. Aku menulis utk diri sendiri

hari ini 17/4

Assalamualaikum. Bertemu kembali. Aku aktif plak menulis blog...
Hari ini aku cuba mengerti apa yg aku alami sejak beberapa masa ni. Rasional... praktikal.. ideal... semua aku rangkum dlm hati aku. Kecewa..upset.. devastated.. gembira.. suka..tenang.. rindu..cinta.. kasih ..sayang.. kasihan... dan macam2 perasaan bercampur aduk.
Tapi xde istilah takut..bersalah... dan yg seumpamanya. Aku xtau kenapa.. adakah jalan aku begini.. aku yg mahukan? Aku tidak dapat tidak kene bermunajat atas apa yg berlaku kepada diri aku.
Allah tolong aku. Hambamu yg lemah dan xberdaya. Pimpin aku ke jalan yg bahagia dunia dan akhirat.
Hidup punya pilihan. Allah sediakan jalan. Kita pilih yg mana... apa yg mengubah nasib kita. Maaf kalau kalian x paham apa yg aku tuliskan
Semoga kalian memberi sokongan. Doa kalian amat bermakna.. ~menulis umpama ada pengikut~
Maafla. Aku menulis utk diri aku.

Rabu, 16 April 2014

hati masa ini

Assalamualaikum....

Setiap hari aku bertanya diri aku.... apa aku nak buat utk rest of my life. Aku dan anak sedara aku ade kedai each a cup yg akan berusia 3 thn ujung tahun ni. Anak sedara aku xnak teruskan dgn each a cup sbb terlalu mahal. Dia bercadang nak mengekalkan beberapa menu saja. Dan tambah barang lain utk dijual. 
Aku minat burger dan sandwich. Kat malaysia makanan ni dh diterima. Kalo x... masakan subway dan beberapa jenama burger bule untung besar? 
Kene carik wow factor utk membolehkan jenama yg bakal aku perkenalkan berjaya. Banyak bende yg aku nak bincang ngn rakan kongsi aku. Tp masa xmengizinkan. Tapi aku akan gunakan sebaiknya IT untuk meneruskan kesinambungan perniagaan.
Hati pun dh berkenan dgn mpv yg baik. Jadik perlukan modal utk beli mpv tersebut. Mpv ape? Nanti la aku update kat blog akan datang. 

Ahad, 12 Januari 2014

hati sayu

Assalamualaikum semua.

Sudah agak lama aku tidak menulis blog. Sebenarnya sangat lama. Aku terasa nak menulis sebab hati aku sayu. Bukan kecewa ke apa. Tetapi sebab beberapa perkara yg berlaku kepada sahabat2 aku dalam masa beberapa tahun ini.
Sahabat2 aku yg belajar bersama di pusat matrikulasi kuala pilah (PMKP) sesi 1997/1998. Beberapa tahun lepas, sahabat aku izwan dan lin kehilangan anak sulung mereka disebabkan oleh barah yg dihidapi semenjak seawal beberapa bulan selepas dilahirkan. Tak dapat dibayangkan kekuatan fizikal dan mental sahabat2 aku ini ketika menjaga anak mereka itu. Aku sangat kagum dengan ketabahan mereka. Dalam ilmu al Quran yang dangkal, aku ingin berkongsi 2 ayat berkaitan dengan ujian Allah.
1. Allah tak menguji sesuatu yang di luar kemampuan hambanya.
2. Allah akan menguji mereka yang beriman.
Ada ustaz bagitahu, untuk orang yang beriman, Allah Ta'ala akan meningkatkan darjat seseorang muslim itu jika mereka dapat menerima ujian dengan redha dan sabar.
Bulan lalu, aku dikejutkan dengan kematian sahabat PMKP juga, rakan sekelas juga. Nama sahabat aku tu hafizah, atau leboh dikenali dengan nama fiezack.Kematian beliau juga disebabkan barah. Barah payudara yang bila didiagnosed sudah berada ditahap 4. Aku memang tak tahu menahu pasal hal ni. Nasib baik sekrang lagi sahabat telah membuat loop whats app yang nyata telah menghubungkan kami semua semula.
Minggu lepas, sekali lagi aku dikejutkan, sahabat aku PMKP juga, dan juga sekelas, nasrizal, didiagnosed dengan barah usia besar stage 3. Aku terpana sangat. Sempat melawat beliau dihospital. Aku sebenarnya nak mengalir air mata, tapi bila melihat kekuatan ibu dan bapa sahabat aku itu, aku kagum. Aku tak tahu kalau aku boleh menerima ujian itu dengan sabar dan tabah. Aku benar2 tak tahu. Aku dan sahabat2 yang lain mendoakan nasrizal akan kembali pulih dan boleh meenruskan tugasnya sebagai doktor.
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. Alfatihah kepada yang dah pergi meninggalkan kita.

Sekian dulu untuk entry pada hari ini. Terima kasih membaca