Ahad, 12 Januari 2014

hati sayu

Assalamualaikum semua.

Sudah agak lama aku tidak menulis blog. Sebenarnya sangat lama. Aku terasa nak menulis sebab hati aku sayu. Bukan kecewa ke apa. Tetapi sebab beberapa perkara yg berlaku kepada sahabat2 aku dalam masa beberapa tahun ini.
Sahabat2 aku yg belajar bersama di pusat matrikulasi kuala pilah (PMKP) sesi 1997/1998. Beberapa tahun lepas, sahabat aku izwan dan lin kehilangan anak sulung mereka disebabkan oleh barah yg dihidapi semenjak seawal beberapa bulan selepas dilahirkan. Tak dapat dibayangkan kekuatan fizikal dan mental sahabat2 aku ini ketika menjaga anak mereka itu. Aku sangat kagum dengan ketabahan mereka. Dalam ilmu al Quran yang dangkal, aku ingin berkongsi 2 ayat berkaitan dengan ujian Allah.
1. Allah tak menguji sesuatu yang di luar kemampuan hambanya.
2. Allah akan menguji mereka yang beriman.
Ada ustaz bagitahu, untuk orang yang beriman, Allah Ta'ala akan meningkatkan darjat seseorang muslim itu jika mereka dapat menerima ujian dengan redha dan sabar.
Bulan lalu, aku dikejutkan dengan kematian sahabat PMKP juga, rakan sekelas juga. Nama sahabat aku tu hafizah, atau leboh dikenali dengan nama fiezack.Kematian beliau juga disebabkan barah. Barah payudara yang bila didiagnosed sudah berada ditahap 4. Aku memang tak tahu menahu pasal hal ni. Nasib baik sekrang lagi sahabat telah membuat loop whats app yang nyata telah menghubungkan kami semua semula.
Minggu lepas, sekali lagi aku dikejutkan, sahabat aku PMKP juga, dan juga sekelas, nasrizal, didiagnosed dengan barah usia besar stage 3. Aku terpana sangat. Sempat melawat beliau dihospital. Aku sebenarnya nak mengalir air mata, tapi bila melihat kekuatan ibu dan bapa sahabat aku itu, aku kagum. Aku tak tahu kalau aku boleh menerima ujian itu dengan sabar dan tabah. Aku benar2 tak tahu. Aku dan sahabat2 yang lain mendoakan nasrizal akan kembali pulih dan boleh meenruskan tugasnya sebagai doktor.
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. Alfatihah kepada yang dah pergi meninggalkan kita.

Sekian dulu untuk entry pada hari ini. Terima kasih membaca